Bantuan Am Persekutuan Sebanyak RM350 Bagi Setiap Keluarga

Bantuan Am Persekutuan ini diberikan kepada individu / keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti

Kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan adalah inimum sebanyak RM100 sebulan bagi setiap orang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga.

Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.

Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
    2. PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain

Cara memohon

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut , boleh layari portal berkenaan Bantuan Am Persekutuan di portal berkenaan : KLIK SINI

Pelbagai jenis lagi bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada semua rakyat yang memerlukan namun mereka perlulah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Segala maklumat tentang bantuan , haruslah dikemaskini dengan betul dan tepat agar memudahkan urusan permohonan dan kemaskini daripada jabatan yang terlibat.

Leave a Comment