Bantuan ( BTB ) Sebanyak RM 300 Setiap Bulan Kepada Yang Layak

Dalam membangun ekonomi Negara , kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan kepada rakyat yang memerlukan . Namun semuanya perlu mengikut kelayakkan yang dipersetujui oleh kerajaan .
Bantuan Oku Tidak Berupaya Bekerja ( BTB ) ini telah diperkenalkan agar dapat membantu golongan OKU yang tidak berupaya bekerja untuk meneruskan hidup bersama keluarga tanpa menjadi beban keppada orang terdekat.
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)

KADAR
RM300 seorang sebulan

Syarat Kelayakan Bagi Pemohon

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Pemegang Kad OKU JKM
  • Tidak berupaya bekerja
  • Pemohon bukan penghuni/ pelatih di Institusi kendalian JKM; atau Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atauProgram Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
  • Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
Nota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain

Cara Memohon

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :

salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Borang Berkaitan

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
  3. Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019 

Maklumat Lanjut

Boleh layari portal berkenaan unutk maklumat lanjut tentang status dan kelayakan bagi pemohon : CLICK SINI 

Leave a Comment