Bantuan Kanak -Kanak Sudah Dibuka Kepada Yang Memerlukan Dan Layak

Bantuan Kanak -Kanak Sudah Dibuka Kepada Yang Memerlukan Dan Layak

Bantuan Kanak Kanak (BKK) adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak

Kadar Bayar

Bantuan ini juga bertujuan untuk membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga agar dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Kadar bagi BKK ialah minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan sekeluarga mengikut pecahan berikut:

Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah
  • Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas
  • Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan

Cara Mohon

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara

  1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
  2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:

  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari  Laman Rasmi Bantuan Kanak Kanak (BKK)

Semua pemohon juga perlu melengkapkan borang berikut untuk melengkapkan permohonan :

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan atau
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Leave a Comment