Bantuan Kewangan RM500 Setiap Bulan Kepada Yang Layak

Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa membuka peluang dalam membantu golongan yang memerlukan agar masyarakat dapat meneruskan hidup dengan lebih baik tanpa perlu menjauhkan diri daripada aktviti seperti orang lain.
Dalam membantu semua golongan yang memerlukan , kerajaan sentiasa membaik pulih program bagi memberikan kebajikan yang sepatutnya kepada orang yang memerlukan.
Pelbagai bentuk bantuan kewangan dan makanan asas telah diberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan dan berkelayakkan seperti yang sudah diumumkan dalam belanjawan 2023.

Jenis Bantuan Yang Diberikan JKM 

  • Bantuan Kanak – kanak
  • Bantuan Anak Pelihara
  • Bantuan Warga Emas
  • Elaun Pekerja Kurang Upaya
  • Bantuan Am Persekutuan
  • Bantuan Am Negeri
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
  • Bantuan Penjagaan Oku Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar

Bantuan Penjagaan Oku Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar

Jumlah bayaran yang diberikan adalah sebanyak Rm500 setiap bulan kepada seorang pemohon yang layak.

Bantuan ini disalurkan kepada semua penerima yang memerlukan bagi meringankan beban keluarga atau penjaga yang membantu merawat OKU tersebut.

Bantuan ini juga adalah inisiatif kerajaan dengan memberikan peluang kepada ahli keluarga yang tidak berkemampuan untuk menjaga  ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik agar tidak terbeban.

Kriteria Kelayakan Khusus

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  2. Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Memohon Bantuan

Permohonan bantuan kewangan bagi bantuan ini perlulah dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan perlu menjalani beberapa siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Yang mana segala urusan tentang penilaian ini perlulah bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Bagi memudahkan urusan pentadbiran pula , pemohon diminta membawa segala dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagia seperti berikut :
1) Salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
2) Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
3) Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
4) Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat Lanjut

Segala maklumat berkenaan bantuan ini boleh dirujuk pada bahagian Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan dengan penempatan atau layari lama web berkaitan bantuan berkenaan di link ini : CLICK LINK INI

Segara borang berkenaan bantuan ini juga boleh disemak pada link dibawah bagi memudahkan segala urusan semasa memohon bantuan di Jabatan Kebajikan yang berkenaan.

Leave a Comment