Bantuan Kewangan Sebanyak RM180 Setiap Bulan Kepada Yang Memerlukan
Pemberian yuran subsidi sebanyak RM180 bagi seorang anak bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penjawat awam yang perlu menghantar anak ke Taska
Kadar subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai tersebut berkhidmat.
Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai Perkhidmatan Awam dinaikkan daripada RM5,000.00 kepada RM7,000.00 sebulan
Sekiranya kadar yuran melebihi RM180.00 sebulan untuk seorang anak, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan
Kelayakan
- Penjawat awam bergaji RM7,000 ke bawah
- Anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska
- Hanya TASKA di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan JKM
Cara memohon
- Pegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.
- Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut.
- Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:
- Salinan penyata gaji
- Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak
- Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara
- Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri
- Salinan penyata gaji suami/isteri
- Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai
- Untuk memohon, sila muat turun Lampiran A bagi mendapatkan Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Taska.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam
Taman Asuhan Kanak-Kanak di tempat kerja sektor awam yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau mendapat pengecualian pendaftaran di bawah Seksyen 3(1)(b), Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) dan diselaraskan oleh Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan.
Pegawai boleh menghantar anak ke TASKA di kementerian atau jabatan Kerajaan selain daripada tempat kerjanya.
Bilangan Anak Yang layak Menerima Subsidi
Tiada had bilangan bagi anak pegawai untuk memohon subsidi berkenaan. Subsidi yuran pengasuhan TASKA diberikan kepada setiap anak pegawai yang berumur bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke TASKA.
Pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA hanya layak diberi kepada salah seorang pegawai sama ada suami atau isteri bagi setiap seorang anak.
Tarikh Permohonan
Pegawai perlu mengemukakan semula salinan penyata gaji terkini pegawai dan suami/ isteri serta dokumen berkaitan sebelum 31 Disember setiap tahun kepada bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di mana pegawai berkhidmat.