Bantuan Kewangan (SKK) Secara Tunai Kepada Semua Penerima STR 2023

Bantuan Kewangan Secara Tunai (SKK) Kepada Penerima STR 2023 . Bantuan yang telah diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu adalah bertujuan untuk membantu orang ramai yang memerlukan.

Melalui pelbagai krisis ekonomi sejak kebelakangan ini , pihak kerajaan sentiasa mengambil inisiatif dalam membantu semua rakyat yang memerlukan bantuan kewangan dan keperluan asas bagi meneruskan hidup.

Kadar Bantuan Yang Diberikan

Amaun Tuntutan – RM1,000 bagi setiap individu yang layak.

Tarikh Tuntutan SKK – Mulai 17 Julai 2023.

Kaedah Tuntutan – Secara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

Hubungan Waris Yang Layak Bagi Tuntutan SKK

Permohonan Kategori Kahwin.

Pasangan (wujud pada permohonan STR 2023); atau

  • Pemohon diberi keutamaan untuk tuntutan SKK sekiranya Pasangan (wujud pada permohonan STR 2023) meninggal dunia; atau
  • Waris berdaftar pada Permohonan STR 2023 sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN. Bawa bersama dokumen sokongan tambahan.

 Hubungan Waris yang layak adalah:

  • Pasangan
  • Ibu
  • Bapa
  • Anak
    • Anak Kandung
    • Anak Tiri
    • Anak Angkat
  • Adik-Beradik

Syarat Kelayakan SKK

Permohonan berstatus Lulus STR 2023 bagi kategori (Bukan Warga Emas):
  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat
  • Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023

 Permohonan Warga Emas yang Lulus Permohonan STR 2023 atau menerima bayaran Fasa 1 atau Fasa 2 dan berstatus Tidak Layak / Tidak Lulus STR 2023 bagi kategori:

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;atau
  • Bujang; atau
  • Warga Emas Tiada Pasangan
  • Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023

 Individu meninggal dunia yang layak SKK

  • Pemohon
  • Pasangan yang wujud pada borang Permohonan Lulus STR 2023 dan berstatus Warganegara

Dokumen Yang Perlu Dibawa Semasa Tuntutan SKK

 Sijil Kematian Asal / Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan

 Dokumen Pengenalan Diri asal Waris; atau

 Dokumen Sokongan Tambahan (sekiranya perlu)

Hotline BKK LHDNM

  • 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
Hotline STR MOF
  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566
Talian Bantuan Khas Kerajaan LHDNM 

e-Mel

Alamat surat menyurat :
  • Sekretariat STR,
    Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Leave a Comment