Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) – LIGS adalah sebuah inisiatif Kerajaan bertujuan untuk meringankan/mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh di Sabah.
Semua penyaluran BMT akan dibayar secara pemindahan dana elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT) terus ke akaun penerima yang layak oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).
Jumlah Bayaran
Sebelum ini bantuan kewangan yang disalurkan kepada penerima BMT adalah RM600 dan ianya diberikan RM300 selama 2 bulan manakala bagi tahun ini kerajaan telah menaikkan jumlah bantuan sebanyak RM800 yang mana ianya dibahagikan RM200 selama 4 bulan.
Berikut adalah jumpah bayaran yang akan diberikan kepada pemohon yang layak menerima bantuan BMT :
November 2023 (RM200)
Disember 2023 (RM200
Januari 2024 (RM200)
Februari 2024 (RM200)
Kelayakan
Pemilik tanah yang mengusahakan ladang getah
- Mesti berdaftar dengan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)
- Keluasan tanah: 15 ekar dan ke bawah
- Tidak berdaftar dan tidak menerima BMT daripada RISDA
Penoreh getah
- Penoreh getah mestilah masih hidup dan berdaftar dengan LIGS
- Aktif menjual dan mempunyai rekod penjualan getah sehingga bulan September 2021
Penama
- Hanya dibayar kepada wakil sekiranya penama telah meninggal dunia pada tahun 2019 atau tahun berikutnya
- Wakil perlu mengisi borang wakil dengan lengkap (borang wakil boleh didapati di pejabat LIGS terdekat)
Cara Memohon
- Permohonan & Pengemaskinian maklumat untuk Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 boleh dibuat pada bila-bila masa dengan mengisi Borang Pekebun Kecil dan hantar ke pejabat daerah LIGS yang berdekatan
- Sila hubungi talian 08 8212 311 untuk maklumat lokasi pejabat LIGS daerah yang berdekatan dengan lokasi pemohon
- Semakan status penerima boleh dibuat di pautan Semakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Maklumat Lanjut
Segala maklumat yang dikongsikan semasa mengisi borang perlulah selari dengan dengan syarat agar bantuan dapat disalurkan dengan telus dan memudahkan urusan kedua belah pihak.
Semua pemohon perlulah membuat permohonan sebelum tarikh tutup agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan bantuan ini kerana ianya dibuka dalam tempoh yang singkat.