Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) bertujuan membantu golongan tersebut untuk kesinambungan hidup serta menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga
Kadar bayaran Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB): RM300 sebulan seorang
Kelayakan
- Warganegara yang bermastautin di Malaysia
- Berumur 16 tahun dan ke atas
- Pemegang kad OKU JKM
- Tidak berupaya bekerja
- Pemohon bukan penghuni/pelatih:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/kemudahan secara percuma; atau
- Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
- Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi:
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
- PGK purata miskin Per Kapita Semasa
- Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.
Cara memohon
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
- Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada); dan
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
- Pemohon boleh melengkapkan borang berikut :