Bantuan SARA Sebanyak RM600 Sudah Dikreditkan Hari Ini
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih.
Sumbangan ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan menggunakan bantuan yang diberikan untuk membeli barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.
KelayakanÂ
Kelayakan SARA adalah terhad kepada mereka yang memenuhi semua kriteria seperti di bawah:
i. Warganegara Malaysia; dan
ii. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit
Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28
Februari 2023; dan
iii. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan
Warga Emas Tiada Pasangan.
Nota : Kelayakan SARA adalah kepada penerima STR (berstatus lulus STR sahaja) yang telah disemak silang dengan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023.
Jumlah BayaranÂ
Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah RM600 seperti berikut:
Tarikh Pelaksanaan
Pelaksanaan SARA akan dibuat mulai 17 Julai 2023 bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia, manakala penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 7 Ogos 2023 seperti jadual berikut:
Cara Semak Kelayakan
Semua penerima SARA yang layak akan menerima surat lulus STR 2023 bersama kelayakan SARA di alamat berdaftar dalam permohonan STR.
Selain itu, semakan kelayakan SARA boleh dibuat melalui kaedah berikut:
Pelaksanaan Bantuan
Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan ke SARA, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih.
Pasar raya / kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program SARA akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.
Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 17 Julai 2023 / 31 Julai 2023 manakala bayaran seterusnya mulai Ogos 2023 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:
Maklumat LanjutÂ
Maklumat lanjut berkenaan SARA bagi penerima daripda Semenanjung Malaysia boleh didapati di:
i. Portal Rasmi MyKasih,www.mykasih.com; atau
ii. Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800