Bantuan STR Tambahan RM600 Telah Dikreditkan Ke Dalam MyKad Penerima Hari Ini

Melalui belanjawan yang telah diperkenalkan , lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima STR Tambahan sebanyak RM600 bermula bulan Julai 2023 .

Perkara ini sudah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkan sumbangan STR tambahan itu adalah bertujuan untuk membantu penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas sahaja dan bukanlah berbentuk wang ringgit.

Malah bantuan yang dinamakan SARA ini akan dikreditkan secara langsung kedalam MyKad penerima yang ianya akan dkreditkan secara bulanan bermula Julai hingga bulan Disember 2023.

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan

Berikut adalah jumlah bayaran STR Fasa 4 mengikut setiap kategori:
1. Isi Rumah Tiada Had Umur
Pendapatan < RM2,500
Tiada Anak: RM200
1 – 2 Anak: RM600
3 – 4 Anak: RM900
> 5 Anak: RM1200

2. Pendapatan RM2,501 – RM5,000
Tiada Anak: 0
1 – 2 Anak: 0
3 – 4 Anak: RM300
> 5 Anak: RM500

3. Bujang
Warga Emas Sebatang Kara > 60 Tahun: RM200
Bujang 21 – 59 Tahun: 0
Bujang OKU 19 – 59 Tahun: 0

*Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Kerajaan akan memberi Sumbangan Tunai Rahmah @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk BAKUL MAKANAN serta BAUCER MAKANAN ASAS bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.

Individu Yang Layak Menerima STR Tambahan

Kadar STR tambahan iaitu SARA yang diberikan secara kredit berjumlah RM600 telah dikhususkan kepada semua penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Yang mana penerima isi rumah telah tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih dan penerima isi rumah mestilah berpendapatan tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan yang berkenaan.

Semakan Status Kelayakan

Bagi yang tidak pasti sama ada anda tersenarai dalam eKasih, sila semak pendaftaran di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/

Jika anda ingin mendaftar, sila rujuk langkah-langkah pendaftaran pada pautan di atas.

Kaedah Penyaluran

Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak dengan pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih yang maklumat berkenaan maklumat terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tarikh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.

Sila rujuk jadual berikut :
SARA 1 – Julai 2023 (RM100)
SARA 2 – Ogos 2023 (RM100)
SARA 3 – September 2023 (RM100)
SARA 4 – Oktober 2023 (RM100)
SARA 5 – November 2023 (RM100)
SARA 6 – Disember 2023 (RM100)

Cara Memohon SARA

Semua penerima Sumbangan Asas Rahmah ( SARA) tidak perlu membuat permohonan lain kerana kelayakan bagi SARA adalah semua penerima STR yang berstatus lulus STR sahaja yang telah disemak silang dengan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari
2023.

Pihak kerajaan akan memberi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk BAKUL MAKANAN serta BAUCER MAKANAN ASAS bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang bantuan lаnjut, bоlеh hubungi LHDNM bеrhаmріrаn аtаu tаlіаn Hоtlіnе BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atаu anda bоlеh layari Pоrtаl Rаѕmі untuk menyemak dengan lebih jelas berkenaan bantuan itu di link ini  https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Leave a Comment