Bantuan Subsidi Bagi Yuran Pengasuhan Taska 2023

Bantuan Subsidi Bagi Yuran Pengasuhan Taska

Pemberian yuran subsidi sebanyak RM180 bagi seorang anak bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penjawat awam yang perlu menghantar anak ke Taska

Kadar subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai tersebut berkhidmat

Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai Perkhidmatan Awam dinaikkan daripada RM5,000.00 kepada RM7,000.00 sebulan.

Sekiranya kadar yuran melebihi RM180.00 sebulan untuk seorang anak, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan.

Kelayakan

Penjawat awam bergaji RM7,000 ke bawah

Anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska

Hanya TASKA di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan JKM

Cara memohon

Pegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.

Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut.

Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:

    • Salinan penyata gaji
    • Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak
    • Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara
    • Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri
    • Salinan penyata gaji suami/isteri
    • Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai.

Maklumat lanjut

Untuk memohon bantuan ini , pemohon perlulah muat turun Lampiran A bagi mendapatkan Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Taska yang telah disediakan oleh kerajaan bagi mereka yang memerlukan .

Maklumat lanjut bekenaan bantian ini , sila layari web Laman Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam

Leave a Comment