Bantuan Tunai eMADANI Sebanyak RM100 Kepada Semua Penerima STR

Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.

Program ini adalah kesinambungan kepada kejayaan program e-dompet Kerajaan sebelum ini dan mempunyai objektif tiga serampang untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat.

Tarikh Kemaskini

Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia*, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian secara fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.

Tempoh pendaftaran serta tuntutan eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023  hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024, manakala kredit eMADANI serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan sehingga 11.59 malam, 29 Februari 2024.

Kelayakan

Warganegara Malaysia; dan

Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan

Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.’

Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your-Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.

Ingin dimaklumkan bahawa, penerima eBeliaRahmah adalah tidak layak untuk menyertai program ini kerana mereka telah menerima manfaat daripada kredit eBeliaRahmah yang diperkenalkan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Cara Mohon

Berikut adalah senarai penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat:

  1. MAE;

  2. Setel;

  3. ShopeePay; dan

  4. Touch ‘n Go eWallet

Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat:

  1. Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery

  2. Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut

  3. Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan melakukan verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC)

  4. Langkah 4: Pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”

  5. Langkah 5: Anda akan menerima notifikasi daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sekiranya tuntutan berjaya

Maklumat Lanjut

Proses pengkreditan RM100 secara ‘one-off’ ke dalam e-dompet pilihan anda akan mengambil masa 24 jam sehingga 5 hari daripada tarikh permohonan sekiranya anda memenuhi kelayakan eMADANI dan telah melalui proses verifikasi eKYC.

Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eMADANI sekali sahaja daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eMADANI.

Layari Laman Web Yang berkenaan di https://manfaat.mof.gov.my/ untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan tersebut.

Leave a Comment