Kerajaan pernah mengumumkan dalam bajet tahunan yang pihak kerajaan akan menyediakan bantuan e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat Malaysia yang layak.
Semua golongan dewasa yang memiliki pendapatan tahunan tidak melebihi RM100,000 akan menerima bantuan tersebut yang mana inisiatif kredit eTunai ini dapat membantu lebih daripada 10 juta rakyat yang berusia 21 tahun ke atas, termasuklah golongan B40 dan M40.
Program ini bertujuan untuk memberi impak positif kepada golongan remaja dalam membantu memberikan bantuan kewangan dan inisiatif kepada yang memerlukan.
Syarat Menjadi Penerima
-
Rakyat Malaysia
-
Berumur 21 tahun ke atas
-
Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun.
Tarikh Penebusan Bantuan e-Tunai RM100
Kredit e-Tunai RM100 akan dilakukan pada suku keempat tahun ini – Kementerian Kewangan
Apkah maksud suku keempat?
Suku tahunan meruapakan kuartal suku (seperempat) tahun iaitu jangka waktu tiga bulan:
- Suku Pertama – Januari hingga Mac
- Suku Kedua – April hingga Jun
- Suku Ketiga – Julai hingga September
- Suku Keempat – Oktober hingga Disember
Permohonan e-Tunai RM100
Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai pemberian RM100 e-Tunai ini perlu melalui proses permohonan namun pihak berwajib juga
boleh menggunakan data daripada kementerian lain seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk meluluskan permohonan pemohon.
Tarikh Pembayaran
Kerajaan telah mengumumkan bahawa pembayaran eTunai RM100 ini akan mula diagihkan pada suku ke-empat tahun 2023.Ini bermakna, penerima akan mula menikmati bantuan ini pada bulan Oktober hingga Disember.
Namun begitu , tarikh rasmi bagi bayaran bantuan ini masih belum ditetapkan sehingga kini.
Berkenaan dengan kaedah menebus bantuan e-Tunai ini, ianya boleh ditebus melalui platform-platform e-Tunai seperti Boost;
Setel dan Touch ‘n Go eWallet.
Walaubagimanapun , cara tepat bagi penebusan hanya dimaklumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa.
Melalui perkembangan lain , pembayaran Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 akan diberikan kepada para penjawat awam dan RM200 kepada pesara kerajaan yang mana ia akan dilaksanakan pada 10 Ogos 2023.
Maklumat lanjt boleh semak di laman web berkenanaa : https://bantuantunai.hasil.gov.my/