Bantuan Tunai RM1000 Kepada Penerima STR

Bantuan Tunai RM1000 Kepada Penerima STR.

Bantuan tunai bagi pemohon/pasangan/waris yang layak bertujuan untuk meringankan kos sara hidup & beban bagi meneruskan hidup selepas kehilangan orang tersayang.

Cara Mohon

Skim Khairat Kematian (SKK) adalah satu skim bantuan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) berbentuk bantuan kewangan secara tunai yang diberikan bagi pemohon/pasangan yang LULUS STR tetapi telah meninggal dunia pada tahun semasa*

Tuntutan SKK berjumlah RM1,000** untuk setiap individu yang layak boleh dibuat bermula pada 17 Julai 2023 hingga 31 Januari 2024

Berikut adalah jadual ringkasan mengenai SKK:

Tarikh Kematian Pemohon/Pasangan  yang LULUS STR Tempoh Tuntutan SKK Jumlah Tuntutan SKK
1 Januari 2023 – 31 Disember 2023 17 Julai 2023 – 31 Januari 2024 RM1,000.00

 

Kelayakan

  • Berikut adalah senarai ketetapan bagi kategori yang layak untuk menuntut SKK:

Kategori

  • Kategori Bujang bukan Warga Emas (berumur 59 tahun dan ke bawah) adalah TIDAK LAYAK bagi permohonan SKK
  • Jika kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk menuntut wang SKK, waris yang berdaftar boleh mewakilkan diri untuk mengemukakan tuntutan
  • Semua penerima STR (berstatus LULUS) digalakkan untuk mengemukan dan mendaftar maklumat waris kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia bagi tujuan berikut:
  1. Urusan penunaian STR terhad sekiranya pemohon/pasangan berdaftar tidak dapat hadir atas alasan munasabah; dan/atau
  2. Urusan tuntutan SKK
  • Tiada had umur kelayakan untuk waris. Walau bagaimanapun, bagi waris berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu di bawa selain hadir bagi pengesahan cap jari/tandatangan individu di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Waris yang layak didaftarkan adalah seperti berikut:
  1. Pasangan
  2. Ibu
  3. Bapa
  4. Anak (Kandung/Tiri/Angkat)
  5. Adik-beradik
  6. Cucu

Dokumen Yang Diperlukan

  • Tuntutan SKK adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia
  • Dokumen yang perlu dibawa semasa tuntutan SKK di BSN ialah:
  1. Sijil Kematian Pemohon/Pasangan;
  2. Kad Pengenalan asal Waris; dan
  3. Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN (Rujuk Soalan 19 (iii)

Maklumat Lanjut 

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) & Bank Simpanan Nasional (BSN)

Telefon : 1-800-88-2747

Email : str@treasury.gov.my

Leave a Comment