Cara Mohon Bantuan Am Persekutuan Sebanyak RM350 Bulan Ini

Cara Mohon Bantuan Am Persekutuan Sebanyak RM350 Bulan Ini

Bantuan Am Persekutuan adalah sebuah pemberian bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan bertujuan untuk  meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti

Kadar Bayaran 

Kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan: Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Bantuan Am Persekutuan

Nota:

Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.

Kelayakan

Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan

Pendapatan isi rumah tidak melebihi:

  1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
  2. PGK purata miskin Per Kapita Semasa

Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain

Cara Mohon

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak seperti di pautan* berikut:

  1. Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Pejabat kebajikan Wilayah Persekutuan Labuan
  3. Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Putrajaya 

*Nota: Digalakkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox untuk melayari pautan berikut

Maklumat Lanjut 

Boleh layari laman web rasmi untuk menyemak segala maklumat berkenaan bantuan yang ditawarkan di Belanjawan Negara 2024 atau 

Agensi
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Telefon
+603-8000-8000
E-MEL
pro_jkm@jkm.gov.my

Leave a Comment