Dapatkan Diskaun Bagi Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Dapatkan Diskaun Bagi Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

  • Diskaun bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan insentif di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi peminjam PTPTN bertujuan untuk menggalakkan penyelesaian baki pinjaman
  • Pelaksanaan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 15 peratus berkuatkuasa mulai 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024 meliputi (3) kategori seperti berikut:

Kategori 

Kelayakan

Semua peminjam PTPTN termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan yang membuat bayaran balik pinjaman mulai 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024.

Pengesahan baki hutang pinjaman boleh diperolehi melalui Portal Rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama), aplikasi myPTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran (https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/).

Diskaun 10% akan diberikan pada setiap hujung bulan. Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 7 hari bulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 10% dikemas kini.

Semakan penyata pinjaman boleh dibuat melalui portal rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman) dan aplikasi myPTPTN.

Cara Mohon

Maklumat Lanjut

  • Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari Portal Rasmi PTPTN atau menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:
  1. Careline PTPTN di 03 – 2193 3000 (Beroperasi Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang)
  2. Live Chat
  3. e-Aduan
  4. Eksekutif Pemasaran PTPTN
  5. Media Sosial Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Leave a Comment