Elaun Pekerja (EPOKU) Sebanyak RM450 Kepada Yang Layak

Elaun Pekerja (EPOKU) Sebanyak RM450 Kepada Yang Layak

Bertemakan ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’, Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim petang tadi menyaksikan peruntukan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meningkat sebanyak 6.8% kepada RM16. 3 bilion berbanding tahun lalu.

Tujuan

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif

Kadar bayaran EPOKU: RM450 sebulan seorang

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

Kelayakan

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Pemegang kad OKU JKM
  • Pendapatan bulanan RM1,500 dan ke bawah
  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara

Cara Mohon

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti

  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  4. Salinan penyata gaji (jika ada); dan
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

Maklumat Lanjut

  • Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
  1. JKM 18
  2. BORANG KAJI SEMULA JKM 
  3. BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN OKU PINDAAN 2019

Segala maklumat yang dikongsikan adalah tepat dan benar berdasarkan kelayakan yang telah dikemukakan agar memudahkan urusan kedua belah pihak.

Semua permohonan akan dianlisa dengan baik agar bantuan ini disalurkan kepada mereka yang berhak dna memerlukan agar dapat meneruskan hidup dengan lebih baik pada masa akan datang.

Leave a Comment