Insentif Diskaun Bagi Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Pembentangan Belanjawan 2024 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Malaysia pada 13 Oktober 2023 (Jumaat) telah memberikan pelbagai insentif kepada masyarakat Malaysia termasuklah kepada semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kategori

PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) amat berterima kasih dan komited untuk melaksanakan pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024 melalui Belanjawan 2024 seperti berikut:

Tujuan 

Kerajaan telah memberikan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN melalui Belanjawan 2024. Usaha murni ini merupakan keprihatinan Kerajaan ke atas peminjam PTPTN yang bersungguh-sungguh membayar balik pinjaman walaupun dalam keadaan ekonomi yang getir di samping untuk memastikan PTPTN kekal
mampan.

Insentif ini bertujuan untuk membantu peminjam PTPTN membuat bayaran balik. Sehubungan itu, perincian berkenaan pelaksanaan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini akan dimaklumkan oleh PTPTN dalam masa terdekat.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:

Leave a Comment