Insentif Sehingga RM500 Setiap Tahun Kepada Semua Pemohon

i-Saraan ialah sebuah insentif oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Belanjawan 2024 yang membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan golongan yang tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman secara sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan sebagai insentif daripada pihak kerajaan.

Faedah Kepada Pencarum

Insentif Khas
– Menerima insentif khas sebanyak 15% daripada jumlah caruman sehingga maksimum RM500 dalam tahun semasa.
– Had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal​.
– Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.

Pelepasan Cukai
Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.

Dividen Tahunan
Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda.

Bantuan Kematian
Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.

Kelayakan

Warganegara Malaysia

Berumur 60 tahun ke bawah

Berdaftar sebagai ahli KSWP

Individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, suri rumah dan kakitangan kerajaan yang memilih skim pencen

Had Caruman

Minimum

Tiada had
*Tertakluk kepada saluran pembayaran

Maksimum

Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela
(Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i-Saraan, Caruman i-Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun 1) melalui semua saluran bayaran adalah RM100,000 setahun.

Cara Dan Saluran Pembayaran

Aplikasi mudah alih –

Pembayaran secara elektronik melalui aplikasi KWSP i-Akaun. Untuk maklumat lanjuk, klik  di sini.

*Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain.

Perbankan Online

Pembayaran secara elektronik melalui:

  1. Alliance Bank
  2. Bank Islam
  3. Bank Muamalat
  4. BSN
  5. CIMB Bank
  6. Hong Leong Bank
  7. Kuwait Finance House
  8. Maybank
  9. MBSB
  10. Public Bank
  11. RHB Bank
  12. Ambank

*Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain.

Ejen Berdaftar

Pembayaran secara elektronik/tunai melalui Ejen Bank (EB) BSN.

*Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain.

Kaunter Ejen Bank

Pembayaran secara tunai/cek di kaunter ejen bank:

  • BSN
  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank – Hanya menerima pembayaran kad debit dan pindahan debit sahaja.

Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan/i-Suri – KWSP 6A(2)

*Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain.

Pejabat KWSP

Pembayaran secara tunai (maksimum RM500)/cek/draf bank/kiriman wang/wang pos boleh dibuat di Kaunter Peresitan Pejabat KWSP berikut:

1. KWSP Shah Alam
2. KWSP Kuala Lumpur
3. KWSP Ipoh
4. KWSP Seberang Jaya
5. KWSP Alor Setar
6. KWSP Kangar
7. KWSP Johor Bahru
8. KWSP Muar
9. KWSP Melaka
10. KWSP Seremban
11. KWSP Kuantan
12. KWSP Kuala Terengganu
13. KWSP Kota Bharu
14. KWSP Kota Kinabalu
15. KWSP Kuching

  • Pembayaran secara Kad Debit disediakan di semua Pejabat KWSP.

Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan/i-Suri – KWSP 6A(2)

*Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain.
**KWSP tidak menggalakkan ahli membuat pembayaran secara tunai untuk jumlah yang besar di kaunter Pejabat KWSP.

Mobile Team

Pembayaran secara elektronik melalui Kad Debit.

Amaun bayaran caruman adalah tertakluk kepada had transaksi Kad Debit pembayar.

Klik di sini untuk makluman lanjut,

*Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain.
**Bayaran caruman secara kad debit melalui perkhidmatan Mobile Team (MT) adalah tertakluk kepada jadual lawatan.

Cara Mohon

  • Untuk mendaftar i-Saraan:
  1. Isikan borang i-Saraan KWSP 16G(M)
  2. Buat pendaftaran secara dalam talian di Portal Pendaftaran i-Saraan atau kaunter KWSP (Rujuk lokasi pejabat berhampiran)
  • Dokumen yang diperlukan:
  1. Kad Pengenalan (MyKad)
  2. Borang i-Saraan – (KWSP 16G (M)

Leave a Comment