JAWATAN KOSONG DEWANBANDARAYA KUALA LUMPUR 2023

Iklan Jawatan Kosong Pelbagai Skim bagi Bulan September 2023

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut :

JAWATAN

  1. AKAUNTAN GRED WA41 (KONTRAK / TETAP)
  2. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL) GRED JA29 (KONTRAK / TETAP)
  3. PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED JA29 (KONTRAK / TETAP)
  4. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG DAN DESA GRED JA29 (KONTRAK / TETAP)
  5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 (KONTRAK / TETAP)
  6. JURURAWAT GRED U29 (KONTRAK / TETAP)

CARA MEMOHON

(i) Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ATAS TALIAN (ONLINE) SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL.

(ii) Calon yang mempunyai Ijazah, Diploma, Sijil dari institusi pengajian tinggi awam / swasta atau luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/.

(iii) Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma, STPM, STAM, Sijil Matrikulasi, SPM, SVM atau resume bagi jawatan berkaitan sehingga dihubungi untuk temu duga.

CATATAN

  1. Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.
  2. Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan / puan tidak berjaya.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat berkenaan jawatan diatas boleh boleh rujuk portal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini.

TARIKH BUKA IKLAN : 20 SEPTEMBER 2023 (RABU)
TARIKH TUTUP IKLAN : 4 OKTOBER 2023 (RABU)

Leave a Comment