Jawatan Kosong di Institut Kemahiran MARA (IKM)

Jawatan Kosong 2023 di Institut Kemahiran MARA (IKM)

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Kemahiran MARA (IKM).

Jawatan Kosong

Tarikh Tutup : 6/9/2023

Jawatan : Pemandu Kenderaan (H11)

Taraf Jawatan : Kontrak

Jadula Gaji : Lesen D – (RM1264.15) , Lesen E – (RM1310.30) , Lesen F (RM1356.45) , Lesen G (RM1402.06)

Kelayakan 

Calon yang hendak memohon haruslah memiliki kelayakan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
  3. Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  4. Memiliki kepujian sekurang kurangnya gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / yang setaraf dengannya.
  5. Mempunyai lesen kenderaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
  6. Berkebolehan memandu , mengendali dan menyelenggara kenderaan.

Cara Mohon 

Kepada semua calon yang beminat dengan jawatan yang ditawarkan ,bolehlah menghantar maklumat peribadi dan resume berserta salinan kad pengenalan , sijil lekahiran , lesen memandu dan segala sijil yang berkenaan yang telah disahkan bersama 2 keping gambar.

Sila tulis “Pemandu Kenderaan ” Pada bahagian atas sampul surat dan hantarkan pada alamat yang tertera dibawah:

Pengarah

Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur
Jalan Belangkas, Kampung Pandan,
55100 Kuala Lumpur.

Maklumat Lanjut:

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil unutuk menghadiri sesi temuduga dan kepada mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh tutup permohonan maka pemohon dianggap tidak berjaya.

Segala maklumat lanjut berkenaan jawatan bolehlah merujuk kepada portal yang berkenaan : http://kualalumpur.ikm.edu.my/

Tel   : 03-92844535
Faks : 03-92848213

Leave a Comment