Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA (UiTM) : Gaji RM2,300 – RM2,800

Pelbagai jawatan kosong telah ditawarkan kepada golongan yang memerlukan pekerjaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang

Kampus yang baru saja beroperasi ini , sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya pada masa akan datang.

Pengambilan kerja kosong ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan setara dengan jawatan yang dimohon

Jawatan yang ditawarkan 

Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Pengajian Islam
  • Pengurusan
  • Ekonomi

= Gaji yang ditawarkan : RM2300 – RM2800

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun daripada tarikh tutup iklan jawatan
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Cara Memohon

Kepada pemohin yang berminat dengab jawatan yang ditawarakn pastikan anda menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti.

Permohonan bagi kekosongan jawatan berkenaan boleh dibuat seperti mana yang telah dinyatakan secara rasmi di hebahan kekosongan jawatan UITM.

Sekali lagi , pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang ditulis dan diberikan adalah benar belaka , sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga yang mana temuduga akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak Universiti.

Sijil Perlu Disahkan Oleh Pihak Yang Terbabit

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara lengkap dan dilampirkan salinan Kad Pengenalan , Sijil SRP/PMR, SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf; Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PhD (Skrol & Transkrip Akademik terperinci , dan telah disahkan)

Setelah semuanya selesai borang haruslah dihantar ke alamat:

PENOLONG PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS PASIR GUDANG
JALAN PURNAMA
BANDAR SERI ALAM
81750 MASAI, JOHOR

Tarikh tutup permohonan jawatan pada 22 OGOS 2023, SELASA.

Malkumat lanjut bagi jawatan kosong berkenaan boleh rujuk pada portal berkenaan : DI SINI.

Leave a Comment