Jawatan Kosong Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ialah sebuah Suruhanjaya bebas yang ditubuhkan oleh Parlimen Malaysia di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597] untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 merupakan sebuah institusi kebangsaan hak asasi manusia yang dipertanggungjawab untuk memupuk kesedaran dan mempertahankan hak asasi manusia.

Jawatan Kosong

SUHAKAM sedang mencari pejuang hak asasi manusia yang bersemangat dan berdedikasi untuk menyertai kami dan membawa hak asasi manusia ke peringkat seterusnya.

SUHAKAM ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berinovatif, berdedikasi dan berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 Unit Pengurusan Sumber Manusia
(Kontrak 3 Bulan)

Kelayakan

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2. Mempunyai pengalaman dalam pengurusan Sumber Manusia sebelum ini adalah satu
kelebihan.
3. Kebolehan berkomunikasi dan interpersonal yang baik.
4. Mahir dalam Microsoft Office seperti Word dan Excel.

Gaji

Gaji Pokok RM1,352.00
Elaun Tetap RM765.00
Faedah lain adalah cuti rehat dan perlindungan insurans

* 3 bulan (dengan kemungkinan sambungan berdasarkan prestasi dan keperluan organisasi)

Konsep Kerja

1. Membantu dalam pelbagai fungsi Sumber Manusia, termasuk pengambilan, dan hubungan pekerja.
2. Menyimpan rekod Sumber Manusia dengan tepat dan teratur.
3. Menyokong pengurus Sumber Manusia dalam tugas pentadbiran harian.
4. Mengkoordinasikan dan menjadual temu duga.
5. Membantu dalam projek Sumber Manusia yang diarahkan dari masa ke semasa.

Cara Mohon

Sila hantar resume dan surat permohonan, salinan sijjil akademik yang telah disahkan, sijil berhenti sekolah dan lain-lain sijil yang berkaitan ke nurul_yati@suhakam.org.my dan tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Februari 2024. Dokumen berkaitan juga boleh dihantar ke alamat berikut:

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.
No. telefon: +603-2612 5600
(Untuk Perhatian: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Leave a Comment