JAWATAN KOSONG SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM 2023

Sekretariat Perantau Anak Pahang ingin mempelawa individu yang berkelayakan, dinamik dan mempunyai jati diri yang tinggi bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL KEKOSONGAN : PEGAWAI TADBIR GRED N41 (KONTRAK)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA ATAU SEBELUM  03 OKTOBER 2023 (SELASA) JAM11.59MALAM.

Syarat Kelayakan

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i . Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam Bidang Sains Kemasyarakatan / Sains Sosial / Sarjana Muda Komunikasi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Pengalaman kerja minimum 3 tahun dalam bidang kemasyarakatan , pengurusan acara dan komunikasi.

5. Memiliki sifat kepimpinan , komited , dan berintegriti.Bertanggungjawab dalam menguruskan program, bertindak sebagai pegawai perhubungan awam serta pengurusan pentadbiran.

Cara Mohon

Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan sila kemukakan permohonan beserta RESUME lengkap dengan salinan sijil-sijil yang berkaitan.

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonanmereka tidak berjaya.

3. Kekosongan jawatan adalah di Pejabat Sekretariat Perantau Anak Pahang , yang beroperasi di Kuala Lumpur.

4. Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan AwamNegeri Pahang,dipelawa kepada Warganegara Malaysia khususnya warga NegeriPahang yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak ini.

Alamat / Email

Sila kemukakan permohonan kepada:
Unit Pembangunan Organisasi,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,
Tingkat 2, Blok B, Wisma Sri Pahang,
25503 KUANTAN

atau emel ke: pobpsm@pahang.gov.my

Jawatan Kosong Lain 

  1. Jawatan Kosong Di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) 
  2. Jawatan Kosong Di Kementerian Sumber Asli Dan Perubahan Iklim
  3. Pelbagai Jawatan Kosong Yang Ditawarkan Di Dewanbandaraya Kuala Lumpur
  4. Mohon Pelbagai Jawatan Kosong Majlis Daerah Di Seluruh Malaysia
  5. Mohon Pelbagai Jawatan Kosong Majlis Daerah Di Seluruh Malaysia

Leave a Comment