Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan berikut:

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) melalui pautan http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dengan melengkapkan maklumat yang diperlukan bermula 28 Ogos 2023 hingga 11 September 2023.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 September 2023 (Isnin).

Jawatan Tetap/Kontrak 

  • UiTM Shah Alam
  • UiTM Cawangan Selangor
  • Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM, Kampus Puncak Alam

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak kurang daripada 18 tahun daripada tarikh tutup permohonan.
  • Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL), adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penaklukan di bawah syarat Skim Perkhidmatan

  • Mereka yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaannya dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
  • SEMUA permohonan perlu dibuat terus secara ON-LINE . Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hanya perlu mengemukakan mengenai perkhidmatan masing-masing yang dibuat melalui Ketua Jabatan sekiranya DIPANGGIL UNTUK TEMU DUGA.

Cara Memohon

a. Untuk Bukan Staf UiTM
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
  • Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 28/8/2023 hingga 11/9/2023 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja di kaunter cawangan BSN dengan bayaran RM 10.00.
  • Sila nyatakan ‘Jawatan Kosong UiTM’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.
  • Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk satu jawatan yang diiklankan sahaja.

b. Untuk Staff UiTM sahaja

  • Permohonan dari Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana perlantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi atas talian (“ON-LINE”) melalui Portal I-Staf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf

Maklumat Lanjut

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil temuduga yang mana hanya calon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan di sini.

 Pendaftar :
Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Email:
bpps@uitm.edu.my

Unit Pentadbiran:
No. Tel : (03) 5521 1314 / 1028 (03) 5544 3007 / 3085 / 3093 / 3005

Unit Akademik:
No. Tel : (03) 5544 3091 / 3417 / 3090 / 3006

Bantuan Teknikal
No. Tel : (03) 5544 2203

Leave a Comment