Jawatan Kosong University Teknologi Mara ( UiTM )
Iklan Kekosongan Jawatan Staf Akademik (Pensyarah) Tetap di UiTM Cawangan Kelantan
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan Jawatan Staf Akademik (Pensyarah) Tetap di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
1. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:
- Kad Pengenalan Calon, Ibu & Bapa
- Sijil Kelahiran Calon, Ibu & Bapa
- Sijil SPM/ MCE, HSC/ STPM atau setaraf
- Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah (Ph.D) (Skrol dan Transkrip Akademi Terperinci)
- Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan UiTM yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Kelantan di https://kelantan.uitm.edu.my/index.php
2. Sila kemukakan DOKUMEN melalui pautan seperti berikut: https://forms.gle/G5Dhq4oEZXkeuwNx9
3. Pemohon – pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/ Kelas Kedua Tinggi/ Mumtaz/ Jayyid Jiddan atau yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
4. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)
5. Borang/ dokumen yang tidak lengkap, tidak jelas dan kabur tidak akan diproses.
6. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
7. Pemohon – pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
8. Pemohon-pemohon yang menuntut di Tahun Akhir Universiti Awam / Swasta adalah tidak dibenarkan membuat sebarang permohonan jawatan kecuali keputusan semester akhir telah diperakukan oleh SENAT.
MAKLUMAT LANJUT
Tarikh tutup permohonan adalah pada 8 OKTOBER 2023 (AHAD)
Sebarang pertanyaan, boleh merujuk kepada:
– Unit Perjawatan unitperjawatanuitmck@uitm.