Berita Gembira Untuk Semua Pencarum – KWSP

Berita Gembira Untuk Semua Pencarum – KWSP . KWSP Umum Berita Gembira – KUALA LUMPUR: Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Akaun 3 yang bakal berfungsi sebagai akaun simpanan untuk saat kecemasan dijangka dilaksanakan bermula April 2024.

KWSP Umum Berita Akaun Fleksibel KWSP Tahun 2024

Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan, memberitahu bahawa akaun fleksibel KWSP akan diperincikan selepas dividen KWSP diumumkan pada bulan Februari tahun depan.

Beliau menggesa organisasi yang berkepentingan untuk memberikan pandangan mereka yang boleh dikemukakan, justeru itu, beliau menyambut baik usaha-usaha mereka.

“Sebanyak RM145 bilion simpanan ahli KWSP dikeluarkan melalui empat kali pengeluaran semasa Covid-19.

Kerajaan membuat keputusan untuk tidak membenarkan rakyat mengeluarkan lagi selepas itu. Rakyat terus menuntut hak mereka untuk mengeluarkan tetapi kerajaan tidak berubah pendirian

walaupun ada pun desakan daripada pelbagai pihak.

“Untuk itu, kami telah mencipta formula baru yang dinamakan Akaun Fleksibel KWSP (akaun ketiga). Kami akan melaksanakannya dengan cara-cara tertentu yang tidak akan mengganggu pendapatan anda.

Apa maksud kecemasan itu akan diperincikan nanti,” katanya kepada pemberita.

KWSP Membina Sistem Perlindungan Sosial

Pada ucapan perasmiannya, Ahmad Maslan berkata, salah satu pengajaran utama daripada pandemik ialah kerajaan perlu membina sistem perlindungan sosial

yang mantap untuk masyarakat yang lebih berdaya tahan.

Jelasnya, masih banyak perkara yang perlu dilakukan negara-negara ASEAN dalam menyediakan perlindungan sosial berkesan untuk rakyatnya.

“Di bawah Laporan Perlindungan Sosial Dunia ILO (Pertubuhan Buruh Sedunia) 2020-2022,

liputan berkesan populasi oleh manfaat perlindungan sosial di rantau Asia Tenggara berada pada paras 33 peratus, di bawah purata dunia pada 47 peratus.

“Sementara perbelanjaan perlindungan sosial, tidak termasuk penjagaan kesihatan berada pada 2.3 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar), di bawah purata Asia Pasifik sebanyak 7.5 peratus daripada KDNK,” katanya.

 

Leave a Comment