Mohon Bantuan Tunai Sebanyak RM350 Bulan Ini

Mohon Bantuan Tunai Sebanyak RM350 Bulan Ini

Bantuan Am Persekutuan adalah sebuah pemberian bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan bertujuan untuk  meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar Bayaran

Kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan: Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Bantuan Am Persekutuan

Nota:

Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.

Kelayakan

Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan

Pendapatan isi rumah tidak melebihi:

  1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
  2. PGK purata miskin Per Kapita Semasa

Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

Cara Mohon

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak seperti di pautan* berikut dan layari laman portal https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/bantuan-am

  1. Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Pejabat kebajikan Wilayah Persekutuan Labuan
  3. Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Putrajaya 

Nota: Digalakkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox untuk melayari pautan berikut.

Leave a Comment