Permohonan Bantuan Pinjaman MARA Sehingga RM150,000

Permohonan Bantuan Pinjaman MARA Sehingga RM150,000 atau lebih dikenali dengan Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA).

DanaNITA adalah sebuah pinjaman di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi usahawan wanita Bumiputera bertujuan untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan dan memperkasakan usahawan wanita sedia ada disamping meningkatkan pendapatan isi rumah.

Skim pembiayaan ini adalah sebagai galakan untuk mengembangkan perniagaan.

Syarat-syarat Asas

  1. Warganegara dan Bumiputera
  2. Berumur 18-60 tahun
  3. Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  4. Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  5. Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
  6. Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  7. Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  8. Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  9. Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini
  10. Perniagaan patuh Syariah
  11. Bebas dari senarai hitam MARA

Kelonggaran Syarat

  1. Majoriti pegangan Syer adalah 51% wanita
  2. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja / Mempunyai Lesen Perniagaan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  3. Pengecualian Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  4. Pengecualian Sebut Harga Ubah Suai / Pembelian Mesin & Alatan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  5. Penyata Akaun Bank bagi tempoh tiga (3) bulan (penyata Dalam Talian adalah diterima)
  6. Tempoh Bernafas bagi bayaran balik sehingga 12 bulan

Skop Pembiayaan

  • Modal Pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan

Had Pembiayaan 

  • RM150,000.00

Tempoh 

  • 1-10 tahun @ 12-120 bulan

Jaminan Atau Cagaran

Dikecualikan bagi pembiayaan RM50,000 ke bawah

Pembiayaan RM50,001 hingga RM150,000:

  • Jaminan:Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon;

atau

Cagaran:Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon;

atau

Gabungan kedua-duanya sekali;

atau

Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan

Cara Mohon

Permohonan secara dalam talian di Portal MyUsahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi DanaNITA.

AGENSI PELAKSANA
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
TELEFON
+603-2613-2000
E-MEL
infobpn@mara.gov.my

Leave a Comment