Permohonan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) adalah bantuan perniagaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk usahawan kumpulan B40 dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) bertujuan untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tanpa dikenakan fi pendaftaran dan maklumat perniagaan.

Inisiatif ini merupakan penjenamaan semula bagi Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) yang diperkenalkan pada 1 Januari 2017

Skim ini diberikan untuk tempoh 1 tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dijalankan.

Pembaharuan dan cawangan sekiranya ada dikenakan bayaran seperti biasa.

Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30 setahun

Pengecualian fi pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut:

  1. Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred – RM60 setahun

  2. Cetakan maklumat – RM10

Kelayakan

Cara Mohon

  • Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian dan perlu berdaftar sebagai pengguna Ezbiz Online terlebih dahulu di Ezbiz
  • Dokumen yang perlu dilampirkan adalah:

Maklumat Lanjut 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatacara Mendaftar Akaun Pengguna Ezbiz  dan Tatacara Pengguna Ezbiz Pendaftaran Perniagaan Baru (Skim Pendaftaran Perniagaan Baru)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim SPPP

Leave a Comment