Semak Bantuan Tambahan Bagi Bulan Oktober 2023

Semak bantuan tambahan bagi bulan Oktober yang telah diperkenalkan sejak Julai lalu yang mana bantuan ini dimanakan sebagai
Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepada semua penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih yang mana bantuan ini boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya atau  kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.

Kelayakan 

i. Warganegara Malaysia; dan
ii. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit
Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28
Februari 2023; dan
iii. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan
Warga Emas Tiada Pasangan.

Jumlah Bantuan 

J: Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan
berjumlah RM600 seperti berikut:

Pelaksanaan SARA akan dibuat mulai 17 Julai 2023 bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia, manakala penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 7 Ogos 2023 seperti jadual berikut:

Cara Semak Kelayakan

Semua penerima SARA yang layak akan menerima surat lulus STR 2023 bersekali kelayakan SARA di alamat berdaftar dalam permohonan STR. Selain itu, semakan kelayakan SARA boleh dibuat melalui kaedah berikut:

Cara Pelaksaan SARA di Sabah, Sarawak dan Labuan 

Kaedah pelaksanaan ini merupakan kaedah terbaik buat masa sekarang mengambil kira akses rangkaian dan kesukaran penerima yang berada di kawasan pedalaman untuk hadir membuat pembelian.
Kemudahan tambahan bagi penerima Sabah dan Sarawak selain pengkreditan terus ke akaun bank penerima dan tuntutan tunai di kaunter BSN adalah seperti berikut:
Sabah & Sarawak – kemudahan bank bergerak
Penerima tunai pedalaman Sabah & Sarawak – program penunaian anjuran
Perbendaharaan Malaysia Sabah & Perbendaharaan Malaysia Sarawak

Cara Pelaksanaan SARA di Semenanjung Malaysia

Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan ke SARA, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih.
Pasar raya / kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program SARA akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.

Maklumat Lanjuti Berkenaan SARA boleh layari laman web berkenaan : Bantuan SARA

Leave a Comment