Semak Cara Mohon Bantuan Am Persekutuan 2024

Semak Cara Mohon Bantuan Am Persekutuan 2024.

Bantuan Am Persekutuan adalah sebuah pemberian bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan bertujuan untuk  meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar Bayaran

Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.

Kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan: Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Bantuan Am Persekutuan

Kelayakan

Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan

Pendapatan isi rumah tidak melebihi:

  1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
  2. PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  3. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain

Cara Mohon

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak seperti di pautan berikut :

  1. Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Pejabat kebajikan Wilayah Persekutuan Labuan
  3. Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Putrajaya 

Nota: Digalakkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox untuk melayari pautan berikut .

Jenis Bantuan 

  1. Bantuan kanak – Kanak
  2. Bantuan Anak Pelihara
  3. Bantuan Warga Emas
  4. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya
  5. Bantuan Am Persekutuan
  6. Bantuan Am Negeri
  7. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
  8. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar
  9. Bantuan Latihan Perantis

Maklumat Lanjut 

Segala maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah disediakan boleh layari laman web rasmi https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/bantuan-am.

HUBUNGI KAMI

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
 Aduan : pro_jkm@jkm.gov.my

Telefon

+603-8000-8000

Leave a Comment