Semak Cara Mohon Bantuan Kewangan Sebanyak RM500 Secara Tunai

Bantuan Kewangan Sebanyak RM500 Kepada Yang Layak.

Bantuan Warga Emas (BWE) adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) bertujuan untuk membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Kadar Bayaran

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan

Kadar bayaran BWE: RM500 sebulan seorang

Untuk maklumat lanjut, sila Laman Rasmi Bantuan Warga Emas (BWE)

Kelayakan

Warganegara yang bermastautin di Malaysia

Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas

Pendapatan isi rumah tidak melebihi:

  1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
  2. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa

Warga emas yang bukan tinggal di:

  1. Institusi kendalian JKM; atau
  2. Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma

Cara Mohon

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara:

  • Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
  • Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:

  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  4. Salinan penyata gaji (jika ada); dan
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan ini boleh layari laman web berkenaan https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/bwe

Pemohon juga boleh melengkapkan borang berikut:

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan; atau
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Leave a Comment