Semak Cara Mohon Motosikal Elektrik Secara Percuma

Motosikal Elektrik Secara Percuma .Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) 2024 Kepada Semua rakyat Malaysia.

Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) ialah skim rebat pembelian atau langganan motosikal elektrik oleh Institut Automotif Robotik Dan IoT Malaysia (MARii) di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk menggalakkan rakyat beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik.

Kaedah Pemberian

Skim rebat ini ditawarkan melalui dua (2) kaedah pemberian:

    1. Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik ; ATAU
    2. Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan untuk permohonan langganan motosikal elektrik.

Tempoh permohonan MARiiCas dibuka mulai 8 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2024 atau sehingga kuantiti motosikal elektrik habis ditebus.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)

Kelayakan

Individu yang berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah.

Warganegara Malaysia berumur 18 dan ke atas.

Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 atau B2).

Cara Mohon

  • Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian di https://insentif.marii.my/user/register dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
    1. Langkah 1: Lawati laman sesawang https://insentif.marii.my untuk pendaftaran ID Pengguna.
    2. Langkah 2: Klik tekan butang “Daftar” bagi pengguna pertama kali. Lengkapkan maklumat terkini pemohon seperti nama, no kad pengenalan dan maklumat diri.
    3. Langkah 3: Pengguna akan menerima e-mel verifikasi. Pengguna boleh juga menyemak pada tab e-mel spam sekiranya e-mel verifikasi tidak dihantar ke tab utama e-mel.
    4. Langkah 4: Setelah selesai pendaftaran, pengguna hendaklah log masuk kembali untuk proses permohonan MARiiCas.
    5. Langkah 5: Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
    6. Langkah 6: Bayaran perkhidmatan** dan pengesahan identiti pemohon sebanyak RM10 akan dikenakan bagi setiap permohonan.
    7. Langkah 7: Pengguna akan menerima e-mel pengesahan permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Salinan kad pengenalan;

Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 atau B2)

Salinan dokumen berkaitan pendapatan tahunan:

    • Bagi yang bekerja
      1. Slip gaji disahkan majikan beserta cop syarikat ATAU borang EA ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
    • Bagi yang bekerja sendiri
      1. Muatnaik borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
    • Bagi pesara
      1. Pesara kerajaan – slip pencen dan kad pesara ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
      2. Pesara swasta – borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
    • Bagi pelajar
      1. Kad Pelajar; dan
      2. Muat turun borang pengesahan pelajar ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 

Maklumat Lanjut

Pemohon akan menerima e-mel pengesahan dan boleh memuat turun kod QR setelah permohonan disemak dan diluluskan untuk menikmati insentif yang ditawarkan bagi tujuan pembelian motosikal elektrik di bawah syarikat pengeluar yang disahkan.

Kod QR tersebut sah untuk diguna pakai dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia dikeluarkan. Setelah tamat tempoh tersebut, pemohon hendaklah melakukan permohonan semula untuk mendapatkan kod QR baru yang sah.

Untuk pertanyaan lanjut berkaitan proses pendaftaran, sila e-mel kepada insentif@marii.my

 

Leave a Comment