Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Sudah Dikreditkan . Semak Sekarang

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Sudah Dikreditkan.Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sebuah program lanjutan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bertujuan untuk memenuhi keperluan barangan asas.

Kadar Bayaran

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

Kategori Penerima

Kadar Sumbangan

Tempoh Pelaksanaan

Penerima STR kategori isi rumah dan warga emas tiada pasangan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM
  • RM1,200
    • Semenanjung – RM100 disalurkan setiap bulan bagi tempoh 12 bulan
    • Sabah, Sarawak & WP Labuan – Bayaran RM600 disalurkan 2 kali setahun
  • Semenanjung – Bermula 22 Januari 2024 (Isnin)
  • Sabah, Sarawak & WP Labuan – 19 Februari 2024 (Isnin) & 12 Ogos 2024 (Isnin)
Penerima STR kategori bujang berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM
  • RM600
    • Semenanjung – RM50 disalurkan setiap bulan bagi tempoh 12 bulan
    • Sabah, Sarawak & WP Labuan – Bayaran RM300 disalurkan 2 kali setahun
Penerima STR kategori isi rumah dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM

RM300

Tempoh pelaksanaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat.
Penerima STR kategori bujang & warga emas tiada pasangan dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM

RM150

  • Pelaksanaan SARA akan bermula pada 22 Januari 2024 (Isnin) bagi penerima dari Semenanjung Malaysia, manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima dari negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula 19 Februari 2024 (Isnin).

Kelayakan

  • Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
  1.  Warganegara Malaysia;
  2.  Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Cara Mohon

  • Pelaksanaan SARA adalah mengikut kategori kelayakan masing-masing seperti berikut:

Tarikh Pelaksanaan

Negeri Terlibat

Kaedah Pelaksanaan SARA

22 Januari 2024 Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu Bantuan barangan keperluan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan mengikut kategori bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024-Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.
29 Januari 2024 Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor
19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024 Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan Bayaran RM600/RM300 dua kali setahun mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan BSN seluruh negara.

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi Laman Rasmi STR atau Portal MyKasih.

Semakan kelayakan SARA boleh dibuat melalui Portal Rasmi STR.

Maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my/

AGENSI PELAKSANA
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia & MyKasih
TELEFON  : 1-800-88-2747 / 03-8882 4565
E-MEL : str@mof.gov.my

Leave a Comment