Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Insentif MamaKerja yang boleh meringankan beban wanita terutama bagi menampung kos penjagaan anak.
EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari, berkata ibu yang layak akan menerima insentif berjumlah RM1,000 secara ‘one off’.
Insentif MamaKerja
Insentif tunai RM1000 diperuntukkan untuk 5000 wanita Selangor, iaitu ibu yang bekerja bagi membantu meringankan beban penjagaan anak-anak.
Insentif ini bertujuan mengangkat martabat wanita bekerja yang mempunyai anak-anak berusia 12 tahun dan ke bawah.
Statistik terkini daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh di Selangor yang rendah iaitu 69.9 peratus berbanding lelaki sebanyak 83.5 peratus.
Selain itu, Kajian Merdeka Centre dan The Asia Foundation di Selangor pada tahun 2020-2022 menunjukkan wanita bekerja menghadapi cabaraan kos penjagaan anak yang tinggi.
Jumlah Insentif
Setiap pemohon yang layak akan menerima insentif sebanyak RM1000 sekaligus dan permohonan akan dibuka bermula 1 November 2023, jam 10.00 pagi.
Keputusan permohonan akan dikeluarkan selepas tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan dihantar.
Penerima yang layak akan menerima bantuan tunai ke akaun masing-masing dalam tempoh 14 hari bekerja selepas status permohonan berjaya.
Syarat Kelayakan
- Wanita bekerja dan bermajikan.
- Merupakan rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun).
- Mengundi di Selangor.
- Berpendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah.
- Individu yang mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
- Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) orang anak berumur 12 tahun dan ke bawah.
- Bukan penerima bantuan ASUH PINTAR, TUNAS dan BINGKAS.
Cara Permohonan Insentif MamaKerja 2023
Permohonan bagi insentif MamaKerja akan dibuka pada 1 November 2023, jam 10.00 pagi, menerusi aplikasi Selangkah.
Pemohon perlu melengkapkan permohonan dengan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan iaitu:
- Kad Pengenalan pemohon;
- Kad Pengenalan pasangan;
- MyKid atau Sijil Kelahiran anak / Sijil Pengangkatan;
- Salinan penyata gaji pemohon yang terkini;
- Salinan penyata gaji pasangan yang terkini atau pengesahan pendapatan
sekiranya tiada slip gaji; - Penyata KWSP pemohon terkini atau penyata EA;
- Salinan penyata bank;
- Dokumen pengesahan pengundi Sel
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai insentif ini, sila rujuk saluran berikut:
- Talian Selcare : 1-800-22-6600
- Laman web rasmi : https://mamakerja.selangkah.my/